Saturday 25 January 2014

Apa itu KOB4U?

Tersenyum kamu disana membaca blog ini.  Ini adalah eksperimentasi kepada kehendak dan keinginan untuk mencuba sesuatu yang baru dan menguntungkan. Sebut sahaja perkataan KOB4U tu pastinya mengundang gelak hilai tawa yang mungkin memperkecilkan, menyampah mahupun mengundang provakasi terhadap minda di bawah separa anda agar ketawa. Bunyinya sahaja sudah macam haiwan ternakan yang sangat popular tu. Namun tidakkah ia catchy? :)

Apa-apapun, ini hanya satu permulaan kepada perjalanan yang entah sampai ke mana. Tapi kami di KOB4U mempunyai target. Bermula dengan minimum kepada maksimum. InsyaAllah. Terpulang kepada sokongan dan bantuan anda semua.  Kami berjanji untuk memberikan anda servis yang baik berserta informasi yang tidak bias terhadap sesuatu barangan jualan kami.  Kami berbesar hati sekiranya dapat berpeluang menambah nilai  kefahaman anda tentang masalah kesihatan yang dialami dan kami sediakannya dengan percuma. Hanya untuk anda :)